Bab 2

Dasar Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu

  1. Revolusi Perindustrian Mendesak Campur Tangan
  2. Terusan Suez dan Kapal Wap Merancakkan Persaingan
  3. Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Eropah Lain
  4. Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British
  5. Desakan Pedagang Mempercepatkan Campur Tangan
 Keadaan di Perak

Politik tidak stabil

 Sebab-sebab;

a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee
Hin dan Hai San
b) Buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848 oleh Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
c) tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut
d)berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut
e) keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah
 
  • Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut

Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja
  • Berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya  mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara Raja Muda sebelum berhak ditabal menjadi sultan .
  • tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar 
  • Perak melantik Raja Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru
  •  pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)
  • Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
  • pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir walaupun dijemput
  • Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato’Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
  • kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja
  • Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
  • keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak
  • Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai Perak
 
Keadaan di Negeri Sembilan
Fakta Pernyataan Catatan
Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan:
(i) Perebutan kuasa antara Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato' Bandar Kulop Tunggal di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.
(ii) Dato' Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan dari British pada tahun 1874.
(iii) Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong tetapi pihak British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi.
(iv) P .J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.
(v) Dato' Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan menentang tindakan British.
(vi) Dato' Kelana dan pihak British menewaskan Dato' Bandar.
(vii) Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura.

British campur tangan di daerah lain di Negeri Sembilan (viii) British menguasai Rembau, Jelebu, dan Seri Menanti. British menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
(ix) Semua daerah Negeri Sembilan disatukan pada tahun 1895.
(x) Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar.
(xi) Martin Lister dilantik sebagai Residen British.


 Keadaan di Pahang
 British bimbang pertapakan kuasa
Eropah lain di Pahang (i) British campur tangan di Pahang kerana bimbang kuasa Eropah yang lain bertapak seperti Perancis, Rusia, dan Jerman.
(ii) Sultan Ahmad membawa masuk pelabur Eropah membangunkan Pahang bagi mengelakkan campur tangan British.
(iii) Tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi oleh British kerana tindakan tersebut akan menjej askan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu.

Apakah yang telah dilakukan oleh British utk menguasai Pahang (iv) Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld memujuk Sultan Ahmad menerima Residen tetapi gagal.
(v) Pada tahun 1887, British meletakkan wakil British di Pahang tetapi kuasanya terhad.
(vi) Pada tahun 1888, peristiwa pembunuhan warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui digunakan oleh British untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen.
(vii) British memberi alasan Sultan Ahmad tidak mewujudkan ketenteraman di Pahang.
(viii) J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British di Pahang yang pertama.

Pembentukan Negeri Negeri Melayu Bersekutu

Sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah:
(i) Tugas Residen yang tidak jelas.
(ii) Residen terlalu berkuasa.
(iii) Perbelanjaan di Pahang meningkat akibat penentangan
(iv) Perkongsian perkhidmatan ; pakar seperti doktor, jurutera, dan juruukur.
(v) Faktor keselamatan
(vi). Sistem perhubungan seperti ; landasan kereta api dan jalan raya dimajukan

Negeri - negeri yang menjadikan NNMB
  1. Perak
  2. N.Sembilan
  3. Selangor
  4. Pahang
Pusat pentadbiran NNMB - Kuala Lumpur

Tindakan Raja raja Melayu untuk mendapatkan kuasa semula-
  • DURBAR atau Persidangan Raja-raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1897 bagi menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak British.
  • 5 Ahli-ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, ~ Residen Jeneral, dan empat orang ; Residen.Durbar pertama diadakan di Kuala ; Kangsar, Perak pada tahun 1897.
  • Melalui Durbar kedua pada tahun 1903, Raja-raja Melayu mendesak agar kuasa ; raja dikembalikan.
  •  British menggantikan Durbar dengan , Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.
  • Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
Cadangan yang dikemukakan Sultan Idris Perak untuk menghapuskan pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
  1. mengembalikan kuasa raja-raja melayu
  2. menambah bilangan pegawai melayu dalam perkhidamatan kerajaan
  3. melantik orang melayu memegang jawatan yang lebih tinggi
  4. menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi .