Bab 1

Bab 1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

Click the image to view







Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapur
  •   Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
  •     Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah
Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura. 
  • Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819     
  1. SHTI boleh mendirikan loji di Singapura 
  2. SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri
  3. SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman
  4. SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain
  •  Perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman 
  •  Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda 
  • Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812 
  • Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru 
  • Pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819 
  •   SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul  Rahman di Lingga 
  •   British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)