Bab 3


Bab 3 Negeri - negeri Melayu utara dan Johor Benteng Keselamatan British .
  • Kemunculan zaman imperialis baru pada akhir kurun ke-19 telah mencabar kedudukan British .
  • Oleh itu , pada tahun 1897 , British mengadakan Perjanjian sulit dengan Siam bertujuan untuk menghalang Siam untuk menyerahkan kawasan di selatan Siam kepada kuasa barat lain .
  • British telah menandatangani perjanjian Perisythiharan British-Siam 1902 untuk menghalang kemaraan kuasa barat lain
  • Melalui Perjanjian Bangkok , Siam bersetuju menyerahkan negeri negeri melayu utara .
       
Penasihat British di Perlis


  • Raja Syed alwi enggan menerima pelantikan Kapten Meadowe Frost sebagai penasihat British di Perlis .
  • Perubahan dibuat Kapten meadowe frost

  1. Menggubal undang-undang
  2. Menubuhkan beberapa jabatan baru seperti Jabatan Kewangan , Jabatan hasil dan cukai , Mahkamah tinggi dan mahkamah kadi
  3. Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran negri Perlis
Penasihat British di Kelantan

  • Sultan Muhammad IV turut membantah campur tangan british di Kelantan
  • British memaksa Sultan Muhammad IV untuk menempatkan J.S Mason sebagai penasihat British .
  • British turut menguasai mahkamah tinggi , Jabatan Polis dan Pejabat Tanah .
  • Pentadbiran Kelantan akhirnya jatuh ke tangan British
Penasihat British di Kedah


Usaha Tunku Mahmud untuk mengekalkan identiti negeri kedah
Perubahan yang dilakukan oleh George maxwell di Kedah
1.   Penggunaan bahasa Melayu dalam surat rasmi dan perundangan

2.   Tiada tapisan untuk surat rasmi

3.   Kalendar hijrah sebagai Kalendar rasmi negeri

4.   Hari Jumaat sebagai cuti umum

5.   Keutamaan orang Melayu dalam pentadbiran

·    Bahasa Ingggeris digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan

·    Penasihat British akan menapis surat rasmi

·    Pengunaan Kalendar Masihi

·    Hari Ahad sebagai cuti umum

·    Pegawai British dilantik dalam pentadbiran
  

Penasihat British di Terengganu
• Sultan Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
• Baginda menolak pelantikan Penasihat British
• Sultan Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan
• tahun 1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British
• bidang kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
• tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
• tujuan adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu 
Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
( Ittiqan – ilmuluk bi – ta’dil ilsuluk)
  1.sultan tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
  2.mustahak ke atas raja bermesyuarat
  3.hak Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri  
• tahun 1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu
• tahun 1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
• British melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British
• Sultan Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British
• British menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian


 Temenggung Daeng Ibrahim
1. Johor merupakan sebuah negeri yang dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun
1914 kerana menjalankan persahabatan dengan British dengan memperkenalkansi stem
birokrasi modenserta kebijaksanaan pembesarnya menjalankan pentadbiran.
2. Antara pembesar yang berwibawa pada masa itu ialah Daeng Ibrahim yang berkhidmat semasa pemerintahan Sultan Hussein dan Sultan Ali. Beliau telah menjadi Temenggung Johor setelah ayahnya Temenggung Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825.
3. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Temenggung Ibrahim    dan Sultan Hussein
yang membolehkannya menjadi pemerintah di Johor kecuali di kawasan Kesang.
4. Beliau juga telah mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri dan memajukan
ekonomi Johor dengan membawa masuk orang Cina untuk mengusahakan ladang lada
hitam melalui Sistem Kangcu.



Pemimpin Johor yang berwibawa