Bab 4

Bab 4 Kekayaan ekonomi Sarawak mendorong penjajahan keluarga brooke

1 Sistem pemerintahan beraja:
(i) Diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James, Charles dan Charles Vyner Brooke
(ii) Melibatkan pembesar tempatan dalam pentadbiran untuk mendapatkan sokongan dan menasihati dalam     hal undang-undang dan adat tempatan.

2 Majlis Tertinggi:
(i) Dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen Bahagian Pertama, dan empat Datu Melayu.
(ii) Meluluskan undang-undang dan menasihati Brooke.

3 Majlis Negeri:
Memberi peluang kepada pemimpin bumiputera menyuarakan pendapat dan bertukar-tukar fikiran dan terlibat dalam pentadbiran.

4 Majlis Bahagian:
(i) Dibahagikan kepada 5 bahagian.
(ii) Diketuai oleh Residen, dibantu oleh Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri, dan ketua kampung.
(iii) Bidang tugas Majlis Bahagian ialah menasihati Residen, mengetuai ekspedisi tentera, menjaga keamanan, dan mengutip cukai.

5 Perlembagaan Sarawak 1941:
(i) Bertujuan memberi kuasa pemerintahan kepada rakyat.
(ii) Menyerahkan kuasa mutlak kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
(iii) Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan.
(iv) Tidak dapat dilaksanakan kerana serangan Jepun.

4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke

1 Hasil hutan:
Sarang burung, damar, kayu balak, kapur barus, rotan, dan getah jelutung.

2 Tanaman tradisional:
(i) Sagu diusahakan oleh kaum Melanau di Oya, Mukah, dan Bintulu.
(ii) Lada hitam diusahakan oleh penduduk Cina di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.
(iii) Kelapa ditanam oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.

3 Tanaman baru:
(i) Getah di Sarikei dan Kuching.
(ii) Tembakau di Lundu.
(iii) Balak di Sungai Rajang.

4 Perlombongan:
(i) Antimoni dan emas di Bau
diusahakan oleh Syarikat Borneo.
(ii) Minyak di Mid diusahakan oleh The Anglo-Saxon Oil Company.

4.5 Perubahan Sosial di bawah Pentadbiran Keluarga Brooke

1 Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah:
(i) Orang Melayu - pentadbiran
(ii) Orang Iban - ketenteraan
(iii) Orang Cina - perdagangan, perlombongan, dan pertanian.
2 Penubuhan bandar seperti Kuching, Miri, Bintulu, dan Sibu.
3 Sistem pengangkutan seperti:
(i) Jalan raya di Kuching dan Miri.
(ii) Landasan kereta api antara Kuching ke Ban dibina pada tahun 1917 tetapi ditutup kerana kemelesetan ekonomi.
(iii) Jalan air ialah perhubungan utama di Sarawak. Syarikat perkapalan di Sarawak seperti Singapore and Sarawak Steamship Company.
(iv) Jalan udara menghubungkan Kuching dengan Singapura.
4 Perhubungan seperti perkhidmatan pos, telefon, dan telegraf terhad di Kuching.
5 Kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik di Kuching dan Sibu.
6 Pendidikan orang Melayu setakat sekolah rendah dan ketinggalan.
7 Sekolah lnggeris diuruskan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Cina menggunakan buku, sukatan, dan guru dari China.
8 Jabatan Pendidikan ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan.
9 Guru mendapat latihan di MPSI dan Maktab Perguruan Kent.

James Brooke - Bekas tentera SHTI 
Raja putih Sarawak